(。◕‿◕。) Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum – jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis. (◕‿◕✿)..Sama-sama lah kita menggapai husnul khotimah...


Tuesday, 31 May 2011

.:. Sahabat Sejati Sukar Dicari .:.

Sahabat??
Apa maksud sahabat??
Sahabat atau erti kata lain persahabatan adalah yang menandakan tingkah laku kerjasama atau sikap tolong menolong antara dua atau lebih orang.


           Dalam dunia yang telah allah S.W.T pinjamkan kepada kita,pastinya kita akan merasai pelbagai pahit manis sewaktu bersahabat atau menjalinkan persahabatan dengan orang lain.Sahabat memang senang dicari..sekali kita berkenalan ianya akan kekal selamanya.Tapi untuk memperoleh sahabat yang sejati memang susah nak cari..Ianya ibarat mencari sebutir mutiara yang ada didalam tiram.Tak semua tiram akan menghasilkan mutiara.
           Jika kita telah menjumpai sahabat sejati kita adalah dia yang selalu ada bersama kita tidak kira ketika kita susah mahunpun kita dalam keadaan senang.Itulah yang dinamakan sahabat sejati.Tapi kalau sahabat yang sentiasa ada dengan kita ketika senang sahaja,ianya bukanlah sahabat yang boleh dianggap baik.
           Ketika susah dia akan menghilangkan diri.Sahabat yang macam itu lebih baik kita menjauhkan diri dari dia.Atau erti kata lain hanya mengambil kesempatan kepada kita.Sukarnya hati ini nak terima sahabat yang telah melukakan hati kite dek kerana kesalahan yang tak masuk diakal.Kadang-kadang hanya disebabkan kes cemburu,sahabat kita tu sanggup membuat apa sahaja.
         Hanya tuhan yang tahu sahaja hati ini telah dikecewakan oleh sahabat yang kita anggap dia kawan baik kita.Macam suci dalam debu. Muka nampak suci sahaja tapi didalam hatinya sapalah yang tahu.Bak kata pepatah orang dahulu rambut memang sama hitam tapi hati lain-lain.

    Apa yang aku mengharap adalah dengan tidak salah memilih teman untuk menjadikan teman sejati.Walaupun sudah bermaafan tapi untuk kembali baik seperti dahulu kala memang susah sangat-sangat.Ibarat kaca yang telah pecah,memang sukar tuk dicantum kembali.


         

Monday, 30 May 2011

~~KhasaF Imani~~

citer tentang drama khasaf imani..mmg best la layan..dah banyak kali sia dekat astro ria pon..aku still suke tengok ag..memang tertarik la ngan name khasaf imani tuh..hehehehe..nti dah ade anak nak bagi name khasaf imani la..yuuhuuu..angan2 je lebih..hakhak.
ceritenye kan:
          
                 Mengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim seorang pelajar kolej.
Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma.
                 
                 Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu keluarganya bertaubat.



Saturday, 28 May 2011

*10 Sebab Perempuan Tak Respect Lelaki*


1.dah ada awek kau nak pegang-pegang.. Elok-elok awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia.. Konon special untuk kau seorang.. Bila awek kau tak nak kasi semua tu, kau cakap bye-bye..

 Wah, KAU LELAKI GATAL.

2. Bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. Berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe.. Konon kau penyabar.. Tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam-macam alasan kau kasi. Pastu siap minta duit lagi kat mak. Wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. Kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau.. Konon kaulah lelaki paling gentleman.. Tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. Siap pura-pura tidur sebab taknak bersesak-sesak berdiri..
 Sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. Tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua.. Nampak je ada awek cun, makin semangat kau.. Kau rasa hisap rokok tu sangat cool dan macho.. Alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang taknak cepat jadi janda.
Memang  KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. Bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta.. Padahal perempuan tu tau kau punya kereta tu duit mak bapak kau..Bukan harta kau tapi harta bapak kau.
 Aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. Bila kau lepak dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. Mencarut pun kuat-kuat.. Semua f**k, s**t, macam-macam lagi semua kau nak sebut. Kau rasa kau sempoi bila mencarut. 
Tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. Pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup.. Konon untuk kepuasan diri.. Tapi pergi masjid Hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat.. Bab agama kau aci mengelat
. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. Kau suka kutuk-kutuk dan gelak-gelak kat gambar perempuan gedik kat fb.. Kau kata konon bajet cun.. Abih yangg kau amik gambar jelir-jelir lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool?
 Haishh... KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. Time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. Konon modal perempuan merajuk dan air mata.. Tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak..
 Wei, KAU LELAKI EGO.

10. Kau hisap rokok kau rasa kau handsome. Lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. Kadang-kadang bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. 
alahai, KAU LELAKI PENGOTOR




.

Si Pengemis dan Isteri yang cantik

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.
Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .
RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Friday, 27 May 2011

*Sedetik Lebih Untuk Si Dia*


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku... ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


(ada hamba allah tu tujukan lirik lagu ni tuk Cik Nor aina..heheheh..wah...ske bangat dong..)

Thursday, 26 May 2011

Saya Anak Malaysia!!

yuuuhuuu...besnye la rasenye ble dpt thu keputusan yang agak membanggakn..yang mana..saya..telah..diberi peluang untuk menyambungkn pelajaran sy di POLiTEKNIK PREMIER UNGKU OMAR..huhuhu..Huh..pani cmfirmla kne survive hidup sendiri kt  sne..mmg kne berdikari sendiri..dah xley nk harapkn family ag...hmmm..hope wish me luck in my studies k..

Buat Golongan Yang Meninggalkan Solat

Sekiranya kalian haus semasa hayat kalian, kalian boleh meminum rezeki Allah yang enak-enak. Sirap bandung, kopi, sirap... Semuanya kalian boleh teguk untuk menghilangkan dahaga. Tetapi, air manakah yang bisa menjadi asbab untuk menghilangkan dahagamu ketika kalian menghadapi sakaratul maut?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Sungguh cergas kalian berlari ke sini-sana mengejar bola di tengah dan tepi padang. Berapa gelen peluh yang kalian keluarkan untuk tujuan itu? Tidak malukah kalian, kalian mampu berlari ke sini-sana, tetapi tidak mampu untuk menunaikan kewajipan solat yang tidak perlu mengeluarkan bergelen-gelen peluh?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Kalian berasa lapar sekiranya tidak bersarapan, tidak menjamah makanan tengah hari, dan tidak menjamah santapan malam. Tetapi, tidakkah kalian pelik, jiwa kalian kosong daripada santapan rohani, tetapi kalian tidak sedikitpun berasa lapar?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Sedarlah, golongan yang mendirikan solat 5 waktu ditambah dengan amalan-amalan sunat pun tidak dijamin syurga, inikan pula kalian yang meninggalkan kewajipan yang merupakan dosa besar! Tidakkah kalian tahu, tiada pilihan ketiga selepas syurga dan neraka?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Kalian sanggup berjam-jam menghadap facebook, blog, dan youtube, tapi kalian tidak sanggup untuk meluangkan hanya sedikit masa untuk berdamping dengan Pencipta kalian. Tidakkah kalian berasa malu?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Setiap saat Allah SWT mengurniakan nikmat yang tidak terhitung, tidak malukah kita sewenang-wenangnya mengkhianati Pemberi nikmat itu? Adakah terlalu payah untuk memanjatkan kesyukuran dengan bersolat?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Ingatlah, Nabi Muhammad SeAW bersyukur dengan menunaikan solat sehingga kakinya pecah-pecah. Itu Nabi SAW yang telah dijanjikan syurga dan sangat dekat dengan Allah! Bagaimana dengan kita yang rendah dan hina ini? Masih mahu meninggalkan solat?

Jika mata batinmu tidak mampu menangkap dan mencermati secara adil terhadap kemuliaan dan kesempurnaan Allah Maha Pencipta dan tidak mampu mencintai-Nya dengan kecintaan yang hebat, maka janganlah kamu tidak mencintai pemberi nikmat yang berbuat baik kepadamu. Jangan sekali-kali lebih rendah daripada seekor anjing, sebab anjing itu mencintai tuannya yang selalu berbuat baik kepadanya. [Imam al-Ghazali]

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah s.w.t.menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah s.w.t., dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.


7 AYAT CINTA.....hayati n fahamilah

Sabda rasulluah
" barang siapa yg hafal dan m'amalkn 7 kalimah ini akan dimuliakn ALLAH dan malaikat, serta d'ampunkn dosa2nya walau sebyk buih d'lautan..."

1) Bismillahirrahmanirahimm ~:
disetiap kali hendak m'lakukn sesuatu.. 

2)Alhamdulillah~:
 setiap kali habis m'lakukn sesuatu..

3)Astaghfirullah~ :
 jika t'silap m'ngatakn sesuatu yg buruk.. 

4)InsyaALLAH~
 :
 jika ingin m'lakukn sesuatu pada masa akn datang..

5)Lahaulawalaquawwataillabillahi~ :
 bila tidak dpt m'lakukn sesuatu yg agak berat @ melihat sesuatu yg buruk.. 

6)Innalillah~ :
 jika m'hadapi musibah @ melihat kematian..

7)Laaillaahaillallah~ :
 bacalah sepanjang siang dan malam sebyk-byknya..

Amalkanlah selalu moga kita t'golong d'kalangan orang yg t'pilih oleh ALLAH... aminnn ya rabb..

Monday, 23 May 2011

Salam Takziah

Salam takziah saya ucapkan kepada warga Madrasah al-Taqwa,rumah anak-anak yatim dia atas bencana yang telah menimpa madrasah tersebut..Semoga semua keluarga mangsa tabah menghadapi uji tuhan..Al-fatihah..

Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknye..Jadikan ianya sebagai pengajaran kepada kita semua umat islam..

~~Pada hari yang sama Seorang lagi budak kampung sungai tiang juga pergi meninngalkan kita..Beliau ingin mengelak daripada india yang keluar dari simpang lalu terbabas dan melanggar tiang.Beliau adalah adik kepada Asraf haziq(kawan sekelas 5 akaun dulu) iaitu muhammad Faiz..anak kepada taukey soya..Salam takziah Aina ucapkan..Semoga rohnya di tempatkan dengan orang-orang yang soleh dan beriman..Terasa sangat kehilangannya kerana beliau selalu berkunjungan kerumah kami..Walaupon selalu marah2 die..die tetap senyum je...Al-fatihah Untuk Muhammad faiz..

Thursday, 19 May 2011

9 surah yang mujarab amalan Nabi Muhammad SAW

Al-quran umpama jantung kepada kitab suci ini.Oleh itu,tidak hairanlah ia menjadi panduan untuk mencapai kehidupan yang dirahmati oleh allah serta dijauhkan daripda godaan syaitan..


  1. Surah Al-Fatihah :Amalankan membaca surah ini semasa hendak tidur diikuti dengan surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali,surah Al-Falaq dan surah An-Nas.Insyaallah akan aman tenteram dan jauh daripada gangguan syaitan.
  2. Surah Al-khauthar : Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali maka Allah akan memakbulkan hajatnya termasuklah rezeki dan Kenaikan pangkat.
  3. Surah Al-Falaq : barang siapa yang terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia,hendaklah membaca surah  Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali, 5hari atau 7hari berturut-turut..
  4. Surah Yassin : Sesiapa yang membaca Surah Yassin,nescaya ditulis Allah pahala menyamai 10 kali membaca al-quran seluruhnya.
  5. Surah Al-Waqiah : mereka yang mengamalkan surah ini insya-allah tidak akan merasai kepapaan.Dan yang membaca sebanyak 14 kali selepas solat asar-insya-allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
  6. Surah Al-Ikhlas : Sesiapa yang membaca dan mengamalkan dengan hati yang ikhlas,maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi
  7. Surah Al-Khaafiruun : Sesiapa yang membaca surah ini,maka dibandingkan seperti membaca al-quran 1 /4,terlepas dari syirik,terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.
  8. Surah Ad-Dhuhan: Dibaca setiap kali malam jumaat agar kita terselamat dari huru-hara di Padang Mahsyar..
  9. Surah Al-Mulk: Mereka yang membaca surah ini setiap malam, insya-allah akan terselamat daripada azab kubur.
          

santai bersama mereka..

last week..kiteorg g persisiran pantai sg tiang..dekat jugak lah ngan umah..dalam 10 minit je..huhuhu..best sgt tgk permandangan dekat ctu..kalo kite bernasib baik..boleh nmpk pulau 9..pling best..suasana wktu sunset..pehhh mmg best tuk photoshoot..huhu..nti cdg mmg nk pergi ag...
                             mmg best la tempatnye...boleh release kn tension2 yang ade..ha sape2 yang nk pergi boleh la..best tau..nti dah kawen nak photoshoot pic kawen dekat situ la..heheh..xpayah la nk pergi jauh2 sgt..hikhik..impian dan angan2..


sunset time...

makcik & anak buah..mane ag comel??msti makciknye kan..huhuh...


Wednesday, 18 May 2011

blog..blog..blog..

Assalamualaikum..
Ahlan Wahsalan..
Tengok blog membe-membe menarik sangat!!Pandainye korang edit blog korang ye.Dulu aku slalu fikir.Kenapa ye ramai yang suke bolg??xpaham la..tgk xdela best sgt blog ni..cam bosan pon ade kot..Now,bile dah tahu hasilnye..Pehhh..best jugakkn layan blog..Frankly,,aku masih ag tercari-cari n belajar-belajar camne nk wat blog yang terbaik..heheh..Neway..Thanks kepada follower blog yang mem_follow blog aku nih..heheheh..

>