(。◕‿◕。) Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum – jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis. (◕‿◕✿)..Sama-sama lah kita menggapai husnul khotimah...


Saturday, 25 August 2012

Lepaskanlah...




i like this song..
xthu la knpe bile dengar tuh rase tenang je..even lyricsnye macam org kecewa..huhuhuh
jom layan lagu nih..

Ku jadi tidak tentu arah,
Entah apa yang ku kuatiri
Sejak terjadi cerita itu, cerita itu
Makan minum ku dah tak terjga,
Asyik memikirkan tentang kamu
Mungkinkah benar,
Mengapa ku tidak menyedari,
Lepaskanlah, lepaskan semua,
Tiada makna jika bersama,
Dalam hidupku oh setiap hari,
Yang kita pasti ada masalah,
Lepaskanlah, lepaskan semua,
Tiada makna jika bersama,
dalam hidupku oh setiap hari..
Yang kita pasti ada masalah, dengannya…
Ku jadi tidak tentu arah, entah apa yang ku kuatiri
Sejak terjadi cerita itu. cerita itu…
Lepaskanlah, lepaskan semua,
Tiada makna jika bersama,
Dalam hidupku oh setiap hari,
Yang kita pasti ada masalah,
Lepaskanlah, lepaskan semua,
Tiada makna jika bersama,
Dalam hidupku oh setiap hari yang kita pasti ada masalah, dengannya…


Friday, 3 August 2012

amalan-amalan nabi muhammad ketika ramadhan


Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak buat semua yang beragama Islam. Semoga kita semua dapat memperbanyakkan amalan kita di bulan yang mulia ini. Di antara amalan2 sunat yg dituntut di bln ramadhan ini termasuklah:
1.    Bersahur dan mengakhirkan waktu sahur.
Dari Anas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
2.    Segera berbuka puasa.
Dari Sahl bin Sa’d r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
3.    Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Tarmidzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4.    Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi s.a.w. bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
5.    6. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas r.a katanya: “Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah s.a.w. lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.”
(HR Bukhari)
6.    Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””.
(HR Bukhari & Muslim)
7.    Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran.
8.    Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.”
(HR At Tarmidzy)
9.    Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.”
(HR Bukhari & Muslim)
10.    Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah r.a berkata: “Bahawa Rasulullah s.a.w apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan, diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.”
(HR Bukhari & Muslim)
11.    Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar r.a berkata: “Rasulullah s.a.w selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.”
(HR Bukhari & Muslim
*copy n paste*
x

pabila wanita menunjukkan perhiasannya


ab.jpgWANITA YANG MENUNJUKKAN PERHIASAN DAN
KECANTIKANNYA

Sabda Rasulullah s.a.w.”ada dua puak dari ahli neraka yang tidak akan aku pandang, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi, dan memukul dengannya para manusia, dan wanita yang berpakaian telanjang dan melenggang-lenggokkan tubuhnya,yang kepala mereka seperti lenggokan orang yang cantik, maka mereka tidak akan memasuki syurga dan tidak akan mencium harumnya,keharuman syurga akan tercium oleh mereka sejarak sekian dan sekian”.



images (30).jpgWanita yang menunjukkan perhiasan dan kecantikannya ini dengan mempertontonkan pakaian dan perhiasan yang menjolok yang seharusnya tempat-tempat perhiasan itu ditutup,agar auratnya tidak terlihat. Juga banyak kita saksikan para wanita yang memakai baju yang sangat nipis dan terrlihat semua bentuk tubuhnya,hingga ia seperti tidak memakai pakaian sama sekali. Mereka bangga jika lekuk tubuhnyadilihat dan ditonton orang lain yang seharusnya dijaga dan ditutup agar orang lain tidak dapat melihatnya. Inilah bentuk akhlak sebahagian dari kaum muslimat yang telah melupakan larangan ALLAH SWT dan Rasulullah s.a.w.


WALLAHHU A’LAM

>