Friday, 4 May 2012
berurusan dalam masjid
“Siapa yang bercakap tentang urusan dunia di dalam masjid,Allah akan menghapuskan amalannya empat puluh tahun”
Al-Saghani berkata:hadis ini adalah palsu,pendapat ini dipersetujui oleh Ali al-Qari dalam bukunya al-Asrar al-Marfua’h fi Akhbar al-Maudhua’h
Hadis ini juga antara hadis palsu yang banyak tersebar dalam masyarakat kita sama ada melalui ...ceramah,penulisan dan sebagainya.Malah ada setengah masjid yang menulisnya dalam bentuk khat yang cantik dan digantung di dalam masjid sebagai perhiasan.
Semua ini dilakukan dengan tujuan untuk memberi peringatan kepada orang yang hadir ke masjid supayA TIDAK BERCAKAP TENTANG URUSAN DUNIA.Ancaman yang diberikan ialah perbuatan tersebut boleh menyebabkan amalan selama empat puluh tahun akan terhapus.
Tetapi selepas dikaji oleh para sarjana hadis,amaran ini tidak pernah diucapkan oleh Rasulullah saw.Ia adalah sandaran yang palsu kepada beliau.Walaupun dengan niat yang baik,kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyandarkan sesuatu perkara itu kepada Rasulullah saw.Jika perkara ini dilakukan,perbuatan itu termasuk sebagai melakukan pendustaan kepada beliau.
Betulkah kita tidak dibenarkan bercakap urusan dunia dalam masjid?bagaimana kita hendak membezakan yang itu perkara dunia dan ini urusan akhirat?sekiranya kita dilarang bercakap tentang urusan dunia dan ini urusan akhirat?sekiranya kita dilarang bercakap tentang urusan dunia di dalam masjid,bagaimana pula kita hendak faham tentang hadis daripada Aisyah yang menceritakan tentang orang Habsyah bermain pedang di dalam masjid.Rasulullah melihatnya dan tidak langsung menghalang perbuatan mereka.Hadis ini adalah sahih dan direkodkan oleh Bukhari.
Kalau hendak dibandingkan,perbuatan sahabat yang bermain pedang di dalam masjid ini juga boleh dianggap sebagai urusan dunia dan ianya lebih berat lagi daripada bercakap tentang hal dunia di dalam masjid.Tetapi,beliau tidak menghalang perbuatan mereka.
Namun begitu,keharusan untuk bercakap soal keduniaan di dalam masjid tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.Ia masih terikat dengan adab-adab lain seperti tidak sampai menimbulkan gangguan kepada orang yang sedang solat,membaca al-quran atau menuntut ilmu.megurangkan bercakap dalam masjid dan menumpukan ibadah kepada Allah ketika dalam masjid tetap dikira sebagai tindakan yang terbaik.
Oleh itu,larangan bercakap hal dunia dalam masjid adalah larangan yang tidak mempunyai asas daripada dalil yang sahih.Namun begitu,terdapat larangan lain berkaitan masjid yang disebut secara khusus oleh Rasulullah antaranya:
Larangan melakukan urusan urusan berjual beli di dalam masjid sehingga Rasulullah mengatakan:
“Jika kamu melihat seorang berniaga di dalam masjid,hendaklah kamu ucapkan “Semoga Allah tidak menguntungkan perniagaan kamu”
(Hadis hasan,direkodkan oleh Tirmizi)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)














No comments:
Post a Comment